Tuesday 31 March 2009

KETIKA DAN KALIMAT... VERSI AKU.... 1st Time

Disebabkan petang ini sungguh membosankan aku, jadi aku akan cite tentang apa itu ketika dan apa itu kalimat...

Mula-mula, kita akan jelaskan dulu apa yang dimaksudkan dengan ketika, menurut Kamus Dewan edisi ke 4 muka surat 777 bermaksud waktu yang singkat atau yang tertentu. Manakala, kalimat menurut Kamus Dewan edisi ke 4 muka surat 664 bermaksud ayat atau perkataan dan berasal daripada istilah Arab... Perghh... lengkap giler aku explain kan.... heheheh... Jangan marah DR...

Sebenarnya ruangan kali ini, adalah tentang catatan aku sepanjang aku mengambil BBM3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia belajar dengan DR. NORMALIZA dan DR ARBA'IE dan masuk lab komputer belajar dengan CIK NURUL dan CIK ALIA...

Minggu pertama adalah minggu untuk pendaftaran dan pendropan kursus... Kalau kita tak suka subjek tu, kita bole drop, suke hati kita la nak buat apa pun minggu pertama ni. Tapi jangan nak gatai-gatai tangan pi drop subjek wajib plak, kang tak pasal-pasal tak bole nak grad... huhuh... Sebenarnya aku nak bagi tau yang BBM3410 ni adalah subjek wajib... ehh, silap, subjek yang harus aku ambil untuk melengkapkan pengajian aku di sini...

Ingat tau, hanya hukum Allah saja yang boleh kita wajibkan...

Oklah, kita teruskan cite kita yang menarik ni, ermmm... mungkin menarik la, bagi yang mengalaminya... heheh..

Hari Rabu, pukul 12 tengahari... Perjalanan BBM3410 pun bermula...
Aku masuk kelas macam biasa la.. Kelasnya di Bilik Jauhari, bilik yang akan menyaksikan pelbagai ragam dan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu kuliah.. perghh.. ayat, ayat...
Mula-mula, kita orang dikenalkan dengan pensyarah yang akan mengajar subjek ini sepanjang 14 minggu iaitu, DR NORMALIZA dan DR. ARBA'IE SUJUD.

Mula-mula kelas ni ada dua, tapi disebabkan kelas yang satu lagi tak ramai orang, jadi digabungkan menjadi satu. Maka terciptalah kelas BBM3410 kumpulan 1... heheh...
Bila kelas dah tercipta, maka ketuanya mesti la ada, betul tak???
DR. pun mencarilah calon-calon atau sukarelawan yang ingin menjadi ketua kelas. Maka ramailah kawan-kawan aku yang menundukkan diri dan buat tak tau...

Disebabkan ramai yang tidak mahu mengexposekan diri, dengan tegasnya DR mula berhujah... perghhh... Aku tak ingat sangat kalimat yang dilontarkan, tapi samar-samar je yang boleh aku cite kan... lebih kurang bunyinya cam ni la... kita kena yakin dengan diri kita... maka dengan penuh keyakinannya aku mengangkat tangan menjadi ketua kelas yang tugasnya aku pun x penah buat.. heheheh... Cuma hari 1st je aku jalankan tugas. Tu pun jumpa DR dan konfemkan kumpulan-kumpulan yang ada. Lepas tu, aku dah tak keja lagi.. Huhu... HARAP-HARAP MARK TAK KENA TOLAK... HEHEHE...

Story time.... heheheh... "Adik angkat @ Awek?"

Petang ni aku nak cite sikit cite yang aku dapat hari ni..

Korang semua mesti pernah dengarkan, tentang adik angkat dan abang angkat, adik angkat dan kakak angkat pun ada la. last-last masing-masing terangkat... heheheh..

kalau adik angkatnya lelaki, mesti berpartnerkan kakak angkat, jarang la nak jumpa adik angkat lelaki dengan abang angkat.

sama juga dengan adik angkat perempuan, mestilah abang angkat yang dia dapat.
Bila dah lama jadi adik angkat, abang angkat ni mestilah berkenan dan terus mengangkatnya menjadi teman.. cite yang biasa korang dengarkan... tak pelik pun... banyak yang berlaku... aku pasti korang pun penah dengar...

tapi mesti korang jarang dengar atau pun tak penah dengar langsung, mula-mula couple lepas tu tiba-tiba si lelaki berubah hati nak jadikan teman dia tu adik angkat... logik ker???
memang tak logik.. macam cite katun... ehhh, silap2 katun pun tak dak adik angkat... heheheh

Dan lagi tak bertambah logiknye bila, bagi alasan yang awek dia ni, nampak muda sangat, tak padan dengan dia yang nampak matang atau pun jujurnya tua... heheheh...

sepatutnya dia bersyukur, sebab dapat awek yang awet muda... hahahah... dunia, dunia...

Moral : "Jodoh pertemuan di tangan Allah"

itulah cite yang aku dapat pada hari ini... nak baca cite yang menarik lagi, follow la blog aku selalu, Insya Allah, kalau tak dak aral, akan aku cite kan apa yang berlaku di sekeliling aku...

Tokoh Bahasa episod 6

BAHASA ROJAK : WAJARKAH???

Pergi Penang makan rojak,
Makan rojak di Padang Kota Lama,
Generasi sekarang suka bahasa rojak,
Jangan sampai hilang budaya.

Catatan saya pada kali ini akan menyentuh tentang bahasa rojak yang sering diperkatakan pada masa ini. Dengan itu, saya telah mengambil pendapat Prof. Madya Ahmad Mahmood berkaitan dengan masalah ini.

Menurut beliau, wajar penggunaan bahasa rojak dalam konteks yang sesuai, iaitu dalam konteks yang tidak formal seperti perbualan sesama kawan-kawan. Hal ini, banyak digunakan dalam perbualan remaja masa kini. Dan sememangnya kita ketahui bahawa dalam bahasa percakapan seharian semestinya kita akan menggunakan bahasa yang bercampur baur dan tidak formal.

Kita tidak boleh melakukan sekatan dalam penggunaan bahasa rojak ini, namun kita boleh membuat pemantauan ke atasnya. Maksudnya, bahasa rojak boleh digunakan dalam konteks yang tidak formal dan bahasa baku digunakan dalam konteks yang lebih formal agar semua yang mendengarnya lebih mudah memahami.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga haruslah dilakukan walaupun kita tidak menyekat penggunaannya.

Kawan-kawan, kita boleh menggunakan bahasa rojak, bahasa Inggeris atau pun bahasa asing yang lain.

Tetapi ingat, BAHASA JIWA BANGSA. JANGAN KITA LUPA BAHASA YANG MENJADI IDENTITI KITA SEBAGAI ORANG MELAYU...

Jumpa lagi pada catatan akan datang...

Tokoh Bahasa episod 5

Isu Bahasa Melayu

Sudah sampai episod ke 5 tajuk Tokoh Bahasa yang saya catatkan.

Kali ini, catatan saya tentang isu semasa yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Semestinya kita akan mendengar pendapat ini daripada Prof. Madya Ahmad Mahmood yang telah saya temui beberapa hari yang lalu.

Menurut beliau, seharusnya kita bangga dan megah dengan bahasa kita sendiri, bukannya lebih mengagungkan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Selain itu, kita haruslah menuntut ilmu dalam bahasa kita sendiri. Bahasa itulah yang mula kita tuturkan sewaktu kita boleh bercakap kerana kita dilahirkan dalam bangsa Melayu dan persekitaran yang penuh dengan adat dan budaya Melayu.

Kita haruslah bangga dengan bahasa kita.

Prof. Madya Ahmad Mahmood juga menyatakan, beliau lebih gemar menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan, pembelajaran dan sebagainya.

Saranan beliau, agar bahasa Melayu ini terus gah penggunaannya adalah dengan memajukan penggunaan bahasanya. Jangan digantikan subjek atau pembelajaran di sekolah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Contohilah negara China atau Jepun yang berjaya dengan mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri..


Ingatlah bahawa bahasa menggambarkan bangsa, hilang bahasa hilanglah bangsa.


Tokoh Bahasa episod 4


Pengaplikasian Falsafah dalam Kehidupan

Subjek Falsafah Bahasa Melayu yang diajarkan oleh Prof Ahmad Mahmood Musanif sememangnya berguna kepada pelajar yang mempelajarinya. Daripada pembelajaran ini, kita dapat mengenal erti kehidupan sebenarnya dan kebenaran yang boleh kita fikirkan melalui pemikiran yang sihat.

Ilmu falsafah ini adalah ilmu yang mencari kebenaran, mencari hakikat kepada sesuatu.

Di sini saya akan selitkan serba sedikit tentang pembelajaran falsafah bahasa yang saya pelajari daripada kelas yang diajarkan oleh Prof Ahmad Mahmood.

Pengetahuan adalah keadaan tahu iaitu hasil daripada kita mengenali, menyedari, menginsafi, mengerti dan menurani. Hasilan ini adalah daripada pekerjaan anggota badan kita yang merasai, melihat, mendengar dan melakukannya.

Namun, pengetahuan yang dikecapi melalui ilmu falsafah atau ilmu kebenaran adalah pengetahun ilham dan wahyu yang bersumber daripada Allah, tuhan yang menciptakan manusia.

Sedarlah kita, betapa tinggi pun ilmu yang kita miliki semuanya adalah datang daripada Allah.

Siapa Penyombong Sebenar???

Di atas muka bumi ini, orang yang tak nak sujud pada Allah, adalah tanda orang yang sombong.

Kerana dalam rukun solat menyuruh kita sujud pada Allah, kepala kita diletakkan di atas tanah. Menunjukkan betapa agungnya Allah dan betapa kerdilnya kita. Dan sesungguhnya, orang yang tidak ingin sujud pada Allah, adalah orang yang sombong lagi bongkak dan tidak bersyukur dengan apa yang dia ada. Maka Allah akan menghumbankannya ke dalam api neraka.

Apa itu neraka?? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan, kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, lolongan, busuk, jijik dan segala jenis keperitan dan siksaan ada di dalamnya.

Sekiranya, ingin menghindarkan diri kita dari neraka, maka renungilah ayat ini, sebagai pedoman untuk diri kita:

"Jika kamu bersyukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat pedih"

Tanda kita bersyukur, kita akan melakukan apa yang disuruh oleh Allah. Rukun Iman dan Islam kita penuhi, membuat baik sesama manusia, meninggalkan segala laranganya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman kepadaNYA.

Aminn...

Monday 30 March 2009

Tokoh Bahasa episod 3

Berjumpa kembali...

Pada catatan kali ini, kita akan melihat tentang disiplin penulisan yang diamalkan oleh Prof. Ahmad Mahmood Musanif dalam menulis bahan-bahan ilmiah...

Menurut beliau disiplin yang diamalkannya dalam menulis bahan ilmiah adalah dengan meluangkan masa selama 3 jam sehari untuk menulis.

Bagi menghasilkan "Kamus Pelajar Terkini", Prof. Ahmad Mahmood Musanif meluangkan masa selama 3 jam sehari selama 3 tahun. Dan hasilnya membuatkan beliau amat berpuas hati.

Manakala, untuk penulisan buku ilmiah, beliau meluangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam atau sejam untuk mengarang dan menulis. Sehingga kini, beliau banyak menghasilkan buku-buku yang berunsurkan ilmiah tidak berlibat dengan penulisan kreatif.

Kebanyakan hasil penulisan yang dihasilkan oleh beliau adalah bersama-sama dengan Prof. Dr. Arbak Othman. Buku terbaru yang dihasilkan ialah "Sosiolinguistik" yang diterbitkan pada tahun 2008.

Berikut adalah hasil penulisan beliau:

Geramnyer.......


Aku baru pulang dari penang. Jumpa mak dan ayah jap sebelum aku exam. Tenang sikit fikiran aku bila di kampung. Tapi bila kaki aku jejak je di Pudu, terus serabut kepala ni. magic betul...huhuhuhu

Geram dan tension aku makin bertambah bila sampai di stesen komuter serdang. Bayangkang pukul 2.30 aku sampai di sana pukul 4.00 aku baru sampai kolej. Tau tak kenapa??? semua ni angkara bas yang lembab ar... Geramnya....

bila dh letih, aku pun baring ar sampai petang...huhuhu

hati aku makin geram, bila dia buat tak tau kat aku. Aku mesej dan tepon pun dia tak angkat. Geram, geram... Bila malam sikit aku mesej 7 8 kali baru reply, tau tak apa jawapan dia????

Maaf, tadi g taiping. ada penamaan calon kat sana... eiiii, kuat politik betul.. geram, geram...

Citer geram ni ada banyak lagi, nanti aku kongsi lagi... hihihi.. saja je nak penuhkan blog aku...

hehehehehehehehehe

Tokoh Bahasa episod 2

Prof Madya Ahmad Mahmood Musanif mula terlibat dengan bidang penulisan bahan ilmiah pada tahun 1992. Bahan ilmiah pertama yang diterbitkan hasil daripada penulisan beliau ialah Pengalaman dan Penghayatan Sejarah Melayu Kajang oleh Masa Enterprise.

Manakala, pada tahun 1996, beliau telah menghasilkan satu naskah kamus yang diberi tajuk "Kamus Pelajar Terkini" terbitan Makruf Publisher & Distribution Sdn. Bhd.

Selain daripada minat yang mendalam dalam bidang penulisan, beliau turut mendapat motivasi daripada penerbit untuk menghasilkan bahan ilmiah.

Menurutnya lagi, sekiranya kita mempunyai minat terhadap sesuatu, janganlah kita abaikan kerana daripada minat tersebut kita akan mendapat keuntungan dan kebaikan kepada diri kita.

Antara hasil penulisan beliau adalah seperti berikut:

Tokoh Bahasa episod 1


Prof. Madya Ahmad Mahmood Musanif dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1961 Masihi. Merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik.

Beliau mula mendapat pendidikan rasmi di Sekolah Kebangsaan Sri Ladang, Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun 1968 hingga 1973. Kemudian melanjut pelajaran ke High School Batu Pahat, Johor pada tahun 1974-1981.

Setelah tamat sekolah tinggi, beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 sehingga 1985 ketika berusia 21 tahun. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik di Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Seterusnya, pada tahun 1985 sehingga 1989, beliau meneruskan pengajian Sarjana atau Master dalam bidang Semantik di UM.

Pada tahun 1995-1999, beliau telah meningkatkan pengajiannya dengan mengambil Doktor Falsafah atau PHD dalam bidang Analisis Wacana di UM.

Sehingga kini, Prof Madya Ahmad Mahmood Musanif menjadi tenaga pengajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia bermula daripada tahun 1990 lagi.

Wednesday 25 March 2009

Tentang diriku....


Selamat datang kepada kawan-kawan..
Ini blog aku, blog yang dipanggil pen dan kertas. Blog yang akan menceritakan tentang kisah aku, tentang perjalanan hidup ini, tentang apa saja yang berkaitan dengan sekeliling aku.

Nama aku, Syarifah binti Husin, aku berasal dari Pulau Pinang. Aku sekarang belajar di Upm, tahun akhir dalam jurusan linguistik Bahasa Melayu. Kalau korang semua nak tau, bidang yang aku ambik ni, sebenarnya tidak ada kesinambungan dari subjek yang aku belajar di sekolah dulu.

7 tahun aku belajar, semuanya tentang agama, tentang bahasa Arab, tapi bila masuk u je, aku dah tukar bidang, nak buat cam ne, aku dh minat ke arah bahasa Melayu pula. Sememangnya aku lain dari kawan-kawan aku, suka buat keja yang lain daripada dia orang. hehehe...

last-last aku sekarang dah ada di upm ini... Nilah serba sedikit tentang diri aku, akan ada lagi cite yang akan aku sampaikan nanti... ok..