Tuesday, 31 March 2009

Tokoh Bahasa episod 4


Pengaplikasian Falsafah dalam Kehidupan

Subjek Falsafah Bahasa Melayu yang diajarkan oleh Prof Ahmad Mahmood Musanif sememangnya berguna kepada pelajar yang mempelajarinya. Daripada pembelajaran ini, kita dapat mengenal erti kehidupan sebenarnya dan kebenaran yang boleh kita fikirkan melalui pemikiran yang sihat.

Ilmu falsafah ini adalah ilmu yang mencari kebenaran, mencari hakikat kepada sesuatu.

Di sini saya akan selitkan serba sedikit tentang pembelajaran falsafah bahasa yang saya pelajari daripada kelas yang diajarkan oleh Prof Ahmad Mahmood.

Pengetahuan adalah keadaan tahu iaitu hasil daripada kita mengenali, menyedari, menginsafi, mengerti dan menurani. Hasilan ini adalah daripada pekerjaan anggota badan kita yang merasai, melihat, mendengar dan melakukannya.

Namun, pengetahuan yang dikecapi melalui ilmu falsafah atau ilmu kebenaran adalah pengetahun ilham dan wahyu yang bersumber daripada Allah, tuhan yang menciptakan manusia.

Sedarlah kita, betapa tinggi pun ilmu yang kita miliki semuanya adalah datang daripada Allah.

No comments:

Post a Comment