Monday 30 March 2009

Tokoh Bahasa episod 1


Prof. Madya Ahmad Mahmood Musanif dilahirkan di Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Ogos 1961 Masihi. Merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik.

Beliau mula mendapat pendidikan rasmi di Sekolah Kebangsaan Sri Ladang, Rengit, Batu Pahat, Johor pada tahun 1968 hingga 1973. Kemudian melanjut pelajaran ke High School Batu Pahat, Johor pada tahun 1974-1981.

Setelah tamat sekolah tinggi, beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 sehingga 1985 ketika berusia 21 tahun. Beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik di Fakulti Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Seterusnya, pada tahun 1985 sehingga 1989, beliau meneruskan pengajian Sarjana atau Master dalam bidang Semantik di UM.

Pada tahun 1995-1999, beliau telah meningkatkan pengajiannya dengan mengambil Doktor Falsafah atau PHD dalam bidang Analisis Wacana di UM.

Sehingga kini, Prof Madya Ahmad Mahmood Musanif menjadi tenaga pengajar di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia bermula daripada tahun 1990 lagi.

No comments:

Post a Comment