Tuesday 31 March 2009

Tokoh Bahasa episod 6

BAHASA ROJAK : WAJARKAH???

Pergi Penang makan rojak,
Makan rojak di Padang Kota Lama,
Generasi sekarang suka bahasa rojak,
Jangan sampai hilang budaya.

Catatan saya pada kali ini akan menyentuh tentang bahasa rojak yang sering diperkatakan pada masa ini. Dengan itu, saya telah mengambil pendapat Prof. Madya Ahmad Mahmood berkaitan dengan masalah ini.

Menurut beliau, wajar penggunaan bahasa rojak dalam konteks yang sesuai, iaitu dalam konteks yang tidak formal seperti perbualan sesama kawan-kawan. Hal ini, banyak digunakan dalam perbualan remaja masa kini. Dan sememangnya kita ketahui bahawa dalam bahasa percakapan seharian semestinya kita akan menggunakan bahasa yang bercampur baur dan tidak formal.

Kita tidak boleh melakukan sekatan dalam penggunaan bahasa rojak ini, namun kita boleh membuat pemantauan ke atasnya. Maksudnya, bahasa rojak boleh digunakan dalam konteks yang tidak formal dan bahasa baku digunakan dalam konteks yang lebih formal agar semua yang mendengarnya lebih mudah memahami.

Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga haruslah dilakukan walaupun kita tidak menyekat penggunaannya.

Kawan-kawan, kita boleh menggunakan bahasa rojak, bahasa Inggeris atau pun bahasa asing yang lain.

Tetapi ingat, BAHASA JIWA BANGSA. JANGAN KITA LUPA BAHASA YANG MENJADI IDENTITI KITA SEBAGAI ORANG MELAYU...

Jumpa lagi pada catatan akan datang...

No comments:

Post a Comment