Tuesday 31 March 2009

Tokoh Bahasa episod 5

Isu Bahasa Melayu

Sudah sampai episod ke 5 tajuk Tokoh Bahasa yang saya catatkan.

Kali ini, catatan saya tentang isu semasa yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Semestinya kita akan mendengar pendapat ini daripada Prof. Madya Ahmad Mahmood yang telah saya temui beberapa hari yang lalu.

Menurut beliau, seharusnya kita bangga dan megah dengan bahasa kita sendiri, bukannya lebih mengagungkan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Selain itu, kita haruslah menuntut ilmu dalam bahasa kita sendiri. Bahasa itulah yang mula kita tuturkan sewaktu kita boleh bercakap kerana kita dilahirkan dalam bangsa Melayu dan persekitaran yang penuh dengan adat dan budaya Melayu.

Kita haruslah bangga dengan bahasa kita.

Prof. Madya Ahmad Mahmood juga menyatakan, beliau lebih gemar menggunakan bahasa Melayu dalam perbualan, pembelajaran dan sebagainya.

Saranan beliau, agar bahasa Melayu ini terus gah penggunaannya adalah dengan memajukan penggunaan bahasanya. Jangan digantikan subjek atau pembelajaran di sekolah dengan penggunaan bahasa Inggeris. Contohilah negara China atau Jepun yang berjaya dengan mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri..


Ingatlah bahawa bahasa menggambarkan bangsa, hilang bahasa hilanglah bangsa.


No comments:

Post a Comment