Wednesday 1 April 2009

KETIKA DAN KALIMAT... VERSI AKU... Tampal menampal

Aik!!! Dah masuk page tiga dah... ish, ish...

Ni aku nak cite plak tentang asignment pertama yang kita orang kena buat. Tampal menampal... kite orang kena bawa majalah lama yang kertas licin, multing board, gunting, reben dan gam UHU... Sebut pasai gam UHU ni, ada sorang kawan aku sebut gam U.H.U. satu-satu huruf dia sebut.. memang budak bahasa betul kawan aku ni.. huhu...

Dengan bahan-bahan yang kami ada, bermulalah kerja-kerja yang patut kami lakukan. Tempoh plak sampai pukul 2 ptg waktu tamat kelas. Perghhh.. Memang tertekan. Kumpulan aku kumpulan D’Lima cam nama kumpulan artis dari Indonesia kan??? Gempak siot.... Ahli kumpulan aku, ada Kak Zura yang paling tua, Nad, Ain, Kina, dan Ecah... Ni lah muka-muka yang tak penah berubah dari aku sem satu sampai la sem enam ni.

Tugasan yang kami kena buat, cite dia cam ni. Kami kena cari gambar yang atau muka surat yang ada asas grafik... Tau tak apa tu asas grafik???

Asas grafik ni keseimbangan, kesesuaian, mudah, warna dan teks yang terdapat dalam bahan multimedia. Masa dulu aku langsung tak tau apa itu asas grafik, lepas ambik kelas ni, aku dah tau serba sedikit dan yang paling membanggakan pada diri aku, aku dah boleh faham dan tau cam ne nak cari gambar yang ada asas grafik yang sempurna. Best.. best... lepas grad boleh buka kedai gambar ni..

Berbalik kepada tekanan yang kami alami semasa buat tugasan ini. Tertekan bila kita dah tampal cantik-cantik, tiba-tiba je kertas tu menggelembung. DR dah pesan jangan ada yang gelembung nanti tak terima.. aduhhhhh... Tertekan, tertekan... Bak kata DR. dia nak kami merasai perasaan bekerja di bawah tekanan. Inilah subjek pertama kali yang aku belajar ada tugasan cam ni.. pengalaman...

Sambil kita orang tampal menampal kertas, sempat gak kita orang imbau kembali zaman sekolah tadika dulu. Ye la kan, cikgu bagi kertas suruh potong lepas tu tampal kat kertas lain, susun cantik-cantik. Memang berguna betul ilmu yang kita dapat masa sekolah tadika dulu. Diaplikasikan masa dalam U...
Rupa-rupanya aku dah belajar tentang asas grafik ni, masa tadika lagi... kenapa la aku tak sedar...hehehehe...

Sedar tak sedar jam dah dekat pukul 2, makin gelabah la semua kumpulan. Tangan pun ada la yang kena parkinson, menggeletar semacam je... tampal pun dah tak betul... Tertekan, tertekan...

Kumpulan aku siap tepat-tepat pukul 2, perghhh... Nasib, nasib... Memang kelam kabut la, berlari ke bilik DR. kalau korang semua dapat tengok keadaan masa tu memang meriah sangat... Yang mana merasainya memang satu pengalaman yang akan ingat seumur hidup... kenangan, kenangan...

Lepas sudah satu tugasan dalam kelas, banyak lagi yang bakal menanti kami minggu-minggu seterusnya. DR. punya idea... respek giler r...

No comments:

Post a Comment