Esei dah buat, pose dah buat, tampal-tampal pun dah sudah... apa plak keja yang kita orang kena buat lagi ek??? aaaa... baca cite ni...
Minggu ke berapa ntah, kita orang di suruh bawa warna dan kertas lukisan.. ishhh... ishhh... apa plak la yang DR nak bagi kali ni... pertandingan mewarna dan melukis ke??? Huhuh... bukan, bukan...
Kita orang kena buat e-majalah... tau tak apa tu e-majalah??? Aku tak tau... sesungguhnya aku memang tak tau... tapi selepas DR mengexplainkan dengan bahasa yang mudah difahami, aku pun faham lah...
e-majalah ni, adalah sejenis haiwan yang hidup di alam maya... hehehe... gurau je... ok, ok... aku serius...
e-majalah adalah satu laman web interaktif yang mempunyai pelbagai informasi tentang tema yang telah kita tetapkan.. e-majalah ni semacam majalah yang ada dipasaran tapi dia lebih canggih dan berbentuk maya. Boleh didapati di internet.. hah, tu la maksud sebenar e-majalah yang aku faham...
Kita orang pun mengambil port biasa dan duk dalam kumpulan masing-masing.. Dengan guide line yang ada, kita orang pun mula buat.. Mula-mula kena buat draf dulu la, apa yang kita orang nak masukkan.. ermmm.. cam biasa r... idea dikongsi bersama dan kita orang pun buat tentang e-majalah yang berkaitan dengan wanita...
Seperti kebiasaannya, masa yang diberi adalah dari pukul 12 sampai pukul 2... maka berlumba-lumbalah setiap kumpulan untuk menyiapkan e-majalah masing-masing... dan tekanan datang kembali... aku pasti kalau ada budak yang tak pernah bekerja di bawah tekanan pasti dia akan kena darah tinggi... hehehe...
Ok, ok... kita teruskan cite.. Dengan kepakaran yang kita orang miliki untuk melukis dan mewarna, maka pelbagai jenis lukisan yang terhasil... cantik, memang cantik... hehehe..
Dalam kumpulan aku, pelukis terbaik jatuh pada kina... ye la pendidikan seni skor A... heheh, jangan marah ye Kina... tapi betul la, lukisan dia yang paling menarik.. aku, ecah, nad, kak ra dan ain ala kadar je lukisan kita orang... cukup sekadar ada mata dan rupa... heheheh...
Lukisan yang masih terbayang dalam ingatan aku, lukisan Nad.. Lukisan orang tengah yoga... perghhh.... mana dia dapat idea pun aku tak tau... walaupun tak cantik, tapi bagi kesan pada diri aku, bahawa semua orang ada bakat masing-masing... asalkan kita usaha...
Hari tu, kita orang tak sempat siapkan pukul 2 tepat, dan kita orang pun sambung kat latar.. bukan group aku je, semua group tak sempat siap... tertekan, tertekan... huhuh...
Walaupun masa dah melebihi pukul 2, kita orang tetap sambung mewarna dan melukis... tension sangat hari tu... tapi dengan penuh kesabaran dan kepasrahan, akhirnya siap jugak kerja kami... dan semestinya, e-majalah kami, bertajuk “D’Lima”...
Hari tu, akan aku cuba ingatkan sampai bila-bila... yela, bayangkan kena melukis macam budak-budak sekolah dan warna plak... memang tak boleh aku terima mulanya, tapi bila ingat balik... cite dan pengalaman ni, memang best... kadang-kadang, tergelak aku sorang-sorang bila ingat balik apa yang berlaku... Thanks DR NORMALIZA...
and finally....they were married happily ❤️
3 years ago
No comments:
Post a Comment