Monday 6 April 2009

KETIKA DAN KALIMAT... VERSI AKU... Ranjau, PERNIM dan Sesat...

Abis sudah cite yang ni...
Aku nak masuk plak cite dan perjalanan sepanjang aku dan kawan-kawan aku melakukan aktiviti amal kat umah perlindungan PERNIM.. ishhh, ni mesti lebih page nanti.. maaf ye DR.. heheheh...

Untuk keja ni, kita orang gabung dengan kumpulan DUO, yang ada Ija, Wa, Herni, Saadah, Faten dan Azaziah. Aku tak tau nak mula dari mana, cite ni agak panjang dan komplex... huhuh
Biasa r, bila dah gabung ni, macam-macam ragam yang kita kena hadapi...
Tapi tu semua bukan penghalang untuk kita orang teruskan keja amal ni...
Aku akan cite kan perjalanan sepanjang kita orang menguruskan aktiviti ini, ada suka ada duka... baca lah...

Sebelum hari kejadian kita orang buat meeting dulu untuk bincangkan apa yang patut dilakukan semasa di PERNIM, berapa kos yang perlu dikeluarkan, siapa yang akan menguruskan setiap biro, segala hal yang berkaitan dengan program nilah... Kalau tak ada kesefahaman memang susah...

Berbekalkan ilmu yang pernah aku belajar sikit-sikit dari join dan menguruskan aktiviti di kolej, aku mengeluarkan idea-idea yang boleh membantu... Walaupun tak banyak membantu... hahaha...

Pelbagai ranjau yang kita orang perlu hadapi, bayangkan minggu kita orang nak pi PERNIM tu, minggu tu gak la, minggu penghantaran assignment semestinya, kerja last mint yang menjadi penyebab... Tapi berkat usaha dan kesabaran kita orang, last-last mint pun kita orang dapat gi gak...huhuh...

Petang Jumaat sebelum kita orang gi, kita orang baru gi jumpa DR. Minta pendapat DR, bentangkan aktiviti yang kita orang akan buat, segala yang berkaitan lah... huhuh...

Dan sebelah malamnye, kita orang pun buat meeting sekali lagi sebelum gi... Sediakan bahan-bahan untuk pengajaran, bahan-bahan untuk aktiviti dan setel kan pasal makanan yang akan dibawa esok.. akhirnya, kita orang siap kan gak hampir pukul 1 pagi... lewat kan?? Tau tak kenapa??
Hah... sebab sambil buat keja kita orang buka topik lain gak... hahahah...

Esok nya, hujan plak...
kita orang sewa dua biji keta... disebabkan ada 12 orang, jadi aku dgn Nad naik moto la, yang lain bagi naik keta... hujan renyai sikit, aku redah gak dengan Nad.. tapi bila dah pukul 8 lebih, matahari pun semakin nampak, hujan pun dah berhenti... kita orang teruskan perjalanan...

Disebabkan aku dan Nad naik moto, kami follow je la keta dia orang, bila dah keta dia orang hilang dari pandangan, aku dan Nad hanya berpandukan pada ingatanku untuk ke PERNIM... bila dah berpandukan ingatan ni, mestilah ada masalah nye... ni yang aku nak cite ni...

Mula-mula, kami berdua yang keluar dulu... lepas isi minyak... kami pun gerak dulu gak.. aku ingat-ingat lupa je jalan dia.. cakap kat Nad... jalan dulu... jalan punya jalan... sampai la kat simpang ni.. aku ingatkan simpang ni betul.. suruh Nad belok, alamakkkk... silap plak... dah salah masuk jalan plak... huhuh...

Dah la salah masuk jalan... lepas tu plak jalan tu tak dak u turn yang dekat... cari punya cari sampai ke hujung jalan mana ntah... tengok sign board tulis jalan ke KAJANG... gilerrr betul... sampai ke situ kami sesat... call kawan-kawan yang naik keta, sebuah keta tersesat, satu lagi plak lepas.. huhu, nasib... nasib...

Tapi nasib aku dan Nad yang paling malang hari tu, huhu... dah la sesat jauh, lepas tu plak bila dah sampai simpang yang kami salah masuk dan nak ambik u turn untuk kembali ke jalan yang betul... kami buat silap plak lagi...
Bila sampai kat simpang Bandar Tun Razak untuk ambik u turn, Nad tak sempat nak belok, alamakkk... terpaksa la cari tempat u turn lain.. cari punya cari... sampai la ke hujung jalan... Tau tak jalan mana yang kami buat u turn, simpang sempadan untuk masuk MINES. Huhu... jauh kan???
Dahsyat betul perjalanan kita orang hari tu...

No comments:

Post a Comment