Wednesday 1 April 2009

Siapa Patut Dipuji?


Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita, Allah yang atur. Nafas, pam darah, kawalan gula dalam darah, penyerapan oksigen dalam paru-paru, sehingga membuang air pun, Allah yang kawal.

Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.

Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.

No comments:

Post a Comment